Thursday, January 31, 2013

Another solid food for Baby Kay


Assalamualaikum semua… alhamdulillah masih berkesempatan untuk update blog saya ni.. akhir-akhir ini sangat sibuk dengan kerja freelance dan menguruskan rumah tangga.
Baby Kay dah mencecah 7 bulan sekarang..keterujaan saya untuk menyediakan makanan pejal yang terbaik makin menjadi-jadi..wuhhuu!!!
Kali ni saya nak share resipi baru… nak bagi nama apa pun tak tahu lah..haha!!! ibu-ibu namakan sendiri la ye.
Kali ni saya buat bubur untuk baby berdasarkan apa yang ada dalam peti sejuk saya. Senang saja… ibu-ibu cuma perlukan:
- isi ayam
- tomato
- bawang merah dan bawang putih (hiris nipis)
- epal
- carrot
- 1 sudu besar tomato puree dan chicken stock sebagai perasa
- susu formula atau breastmilk
1) Mula-mula sekali tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2) Masukkan isi ayam, susu, chicken stock dan tomato puree
3) Bila ayam dah masak, masukkan carrot, epal dan tomato
4) Masak sampai lembut, tutup api dan biarkan sekejap.
5) Dah agak sejuk boleh la blend..dan siap untuk baby makan.
20130118-012259.jpg
Rasanya macam sos spageti..sedap yumm..yummm..baunya pon wangi satu rumah..haha!!
Selamat mencuba :)

Monday, January 14, 2013

Collagen time


Assalamualaikum…
Hi semua, sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.51pagi. Terpaksa bersekang mata untuk menyiapkan kerja dari office. Penat memang la penat, paling tak tahan bila tengok semua orn dalam rumah ni sedang lena dibuai mimpi..wah wah!!!
Sebagai warm up untuk kerja saya malam ni, nak cerita-cerita sikit pasal apa yang saya ambil untuk kesihatan dan kecantikan daman saya. Baru-baru ni ada orang perkenalkan suami saya dengan minuman kologen Cordybelle.
20121220-015936.jpg
Collagen Cordy Belle ialah minuman berkhasiat Beri,Ekstraksi epal,Manjakani(Quercus infestoria),Pueraria Lobata dan Inulin dan diperkayakan dengan Marin Kolagen dari Korea bersaiz kecil,hanya 500 Dalton(produk biasa:1000 – 3000 Da)yang terbukti paling berkesan dalam penyerapan gastrointestinal. Ia merupakan minuman yang kaya AOX.
Ramuan herba mahal seperti Kultur Cordyceps Ekstrak,Manjakani Ekstrak,Pueraria Lobata Ekstrak untuk penjagaan dalaman dan luaran badan. Kaya Epal Polifenol (Procyanidin, Chatechin, Plorizin-appjfnol) yang membantu kesihatan kulit,rambut dan sistem badan juga terbukti berkesan untuk meningkatkan kekenyalan dan ketegangan kulit.
Antara khasiat Cordy Belle untuk wanita:
1) menjadikan kulit cantik, lembab dan elastik
2) meregulasikan hormon dan penjagaan dalaman badan
3) penghalang UVA/UVB daripada sinaran matahari (oral sun block)
4) mengurangkan parut dan kesan jerawat
5) menyihatkan rawan dan sendi tulang
Saya amalkan 2 x sehari iaitu waktu bangun tidur dan sebelum tidur. Memang dapat rasakan kulit saya semakin lembap dan muka saya nampak lebih halus dan berseri..hehe!!
So far sangat berpuas hati dengan produk ni dan sebenarnya sebelum ni memang tak pernah ambil mana2 collogen pun lagi.
Ok dah habis warm up untuk kali ni, moh kita mulakan kerja dengan Bismillshirrahmanirrahim…..
Wassalam.

Thursday, January 10, 2013

Homemade Chicken with Pumpkin and Brocolli for Lil K


Assalamualaikum….
Hai..dah rindu benar dengan blog kesayangan saya ni. Sebelum terus berceloteh sYa nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013!!! Tahun baru saya takde di Malaysia, tapi di rumah mertua di Singapore. .countdown depan tv je pun sebab malam tu kami semua sambut hari lahir mak mertua yang ke 74. Alhamdulillah….
Ok back to the topic, memang tengah semangat nak bagi baby Kay makan..over betul la maknye kan?? hehe….baru-baru ni buatkan baby K homemade chicken with pumpkin and brocolli..kalau nama melayu nye bubur ayam dengan labu manis dan brokoli.hehe!!
Alhamdulillah baby Kay suka rasanya. Cara buatnya campak-campak je nih..fuhh!! Okeh memang nak share dengan reader semua macam mana nak buat nih. So berbelit ikut mana pon kite kasi cerita jugak la ye..
Bahan2:
susu formula atau breastmilk
isi ayam
labu
brokoli
cheese
Cara2:
1. Mula2 sekali panaskan susu formula…dalam 5oz ke…dah mendidih masukkan isi ayam, labu dan brokoli.
20130105-000530.jpg
2. Masak sampai labu dan brokoli lembut..pastikan juga susu tak terlalu kering dan tak terlalu banyak. Tutup api.
3. Masukkan cheese sikit sebagai penambah perisa. Kacau kacau sikit. Masukkan dalam blender or food processor or whatever u call it. Blend sampai smooth.
4. Tadaaa….dah siap.
20130105-003549.jpg
Baunya sangat wangi, dah macam bau nugget ayam cheese.hehe!!! Simpan bubur ni dalam food container..atau kalau saya letakkan dalam ice cube mould tu saja. Cover the bubur then bila dah keras keluarkan cube2 tadi simpan dalam satu bekas makanan yang sesuai. Simpan stok ni paling lama 2 bulan. Tapi saya biasanya simpan untuk seminggu saja.
20130105-003930.jpg
Bila nak makan keluarkan satu atau dua cube frozen bubur saja. Bergantung pada banyak mana baby nak makan la kan. Ada orang panaskan balik pakai microwave. Tapi kalau saya suka stim kan
balik bubur tu.
20130105-004134.jpg
Ok baby dah kenyang….burp!!!!
Selamat mencuba ye ibu-ibu :)

Thursday, January 3, 2013

I love scrapbooking :)


Assalamualaikum… Kali ni tak nak update panjang berjela-jela sebab mata dah mengantuk letih bawak family pegi kutip buah pulasan kat dusun. Just want to share with you all…saya suka mengabadikan memori2 perjalanan hidup saya.. banyak cara yang saya gunakan untuk recall dan simpan kan nya. Setiap malam saya suka layan lagu2 di radio Suria fm iaitu pada mh 105.3..semua lagu2 yang dimainkan pada stesen ni ialah lagu2 pada zaman 90an…like like like seribu kali.hehe…
image
Selain itu kalau saya ada masa saya akan buat scrapbook…scrapbook membuatkan gambar2 yg kita ambil jadi lebih bermakna dan menarik…
image
Ni antara hasil scrapbook saya…ok ok tadi kata malas nak meleret2 kat entry ni..hehe..termeleret jugak la kan nampaknya..its time to rest everyone.. Good nite and have a sweet dream..

Sunday, December 30, 2012

So Terengganurian…hehe


Hi and Assalamualaikum semua…
Kencang pulak ye nak berblogging… hari ni saya masak lauk pauk yang menjadi kesukaan orang terengganu.hehe…apa lagi.. Singgang ikan la..haha
Maklumla saya berasal dari negeri ” penyu menangis ” lauk kebiasaan yang diorg makan ialah singgang. Tak semestinya singgang ikan tongkol atau ikan aya kata orang terengganu..banyak lagi ikan lain yang bole dibuat singgang juga. Macam saya harini buat singgang dengan ikan kembung sajo.
20121212-162028.jpg
Sorry le gambar tak memberangsangkan..

Lauk sampingan yang sedap dimakan dengan singgang ialah sambal belacan, ikan goreng dan pucuk paku goreng..mmg perfect rasanya. Terus terkenang zaman dulu balik sekolah mesti mak saya hidangkan lauk macam ni untuk saya…rindu Umi.

20121212-161743.jpg
Cara-cara untuk buat singgang pon sangat la mudah sebenarnya. Kita cuma perlukan bawang putih 2-3 ulas,kunyit hidup setengah inci, lengkuas seinci, asam keping dan garam. Tumbuk kasar semua bahan tadi dan campakkan je dalam periuk yang berisi ikan. Letakkan air agak2 tenggelam ikan tadi..didihkan smpai ikan masak dan rasa kan secukupnya.. tadaaaaaa.
Selamat mencuba!!

Wednesday, December 12, 2012

Homemade Jus Pegaga


Assalamualaikum…
Sebenarnya ini kali kedua saya menulis entry yang sama sebab entry sebelum ni dah terpadam pulak dah…kesian tak?? huhu…
Sementara tunggu mata mengantuk ni sempat la jugak nak mainkan jari jemari pada ipad ni. Sekarang dah pukul 12.20 mlm..rasa rileks betul sambil bertemankan lagu2 dari stesen radio Suria.fm malam2 ni. Memang menggamit memori lama lah katakan..hahahha!!! (apa aku merapu malam2 ni)
Sejak beranak tiga nih memang jarang ada masa untuk diri sendiri. Memang la memenatkan…kadang2 terfikir jugak orang yang jaga 10 orang anak macam mana pulak ye? gurlp!!!! salute la mak2!!!
Teringat pulak mak mentua selalu siapkan air pegaga untuk semua anak menantu dia minum. Biasa nye dia rebus sekali dengan akar dan bagi kita semua minum. Katanya bagus untuk orang perempuan lepas bersalin, untuk segarkan badan dan jugak anti kanser. Kalau di google kebaikan pegaga nih memamg banyak sebenarnya.
Baru ni ke pasar ternampak plak orang jual pegaga. Terus beli konon nak try buat sendiri la kan. Resipinya saya google juga.. cuma jus pegaga yang buat kali ni saya ubah sikit mengikut selera tekak saya la pulak. hehehe…dah derhaka dengan resipi asal la pulak.
Ok teringin jugak nak share kat sini macam mana saya buat jus pegaga..cuba lah sendiri..memang sedap dan menyegarkan badan :)
20121212-003600.jpg
Bahan-bahannya:
Segenggam pegaga
Setengah cawan air gula merah / gula melaka
3-4 ketul ais kiub
Sedikit susu cair
Air masak secukupnya
Cara-caranya:
Cuci pegaga dengan air garam. Bersihkan sekali dengan akarnya sebab kata orang akarnya la yang paling bagus.
Dah cuci potong pendek2 pegaga tadi dan masukkan dalam blender.
Masukkan semua bahan lain jugak. Banyak mana nak letak sebenarnya ikut selera masing2. Kalau nak manis sikit letak la lebih gula, nak lemak lebih letak susu cair lenih jugak..pandai2 la ye..hehe!!!
Dah blender semua sampai hancur, siap untuk di minum…Tada..senang je kan.
Selamat mencuba!!!

Tuesday, December 4, 2012

Baby Kay first solid food


20121208-123532.jpg
Assalamualaikum semua…
Ok dah lama hilang hari ni datang balik…hehe..sumpah saya memang tak lupa kan blog saya nih. Cuma memang saya sangat sibuk dengan kehidupan sebenar saya sekarang.
Pejam celik pejam celik dah 6 bulan usia puteri bongsu saya, Hafizah Khairiah. Dan sepertimana yang semua maklum pada usia ni lah sesuai untuk perkenalkan solid food untuk baby kan. Sebenarnya baby Kay saya introduce pada dia solid food lebih awal iaitu pada usia lima setengah bulan.
Sebab berdasarkan bacaan saya dari buku-buku dan laman web ada beberapa tanda yang menunjukkan baby dah ready untuk solid food..
So lets check it out:
1) Cuba perhatikan reaction baby kita bila tengok kita makan..dia berminat ke tak? haha!! kalau baby kay tengok kita makan muka dia macam nak telan je makanan sekali dengan pinggan atas meja nih..haha!! poor Baby Kay.
2) Berat badan sekarang mesti al least 2 kali berat dari waktu dia lahir. Baby Kay masa lahir berat dia 2.45kg and sekarang berat dia 6.1kg.. passed!!!
3) Pastikan baby anda dah bole angkat kepala dan duduk dengan betul bila disokong. Kalau baby tak boleh nak duduk betul-betul macam mana dia nak makan?makanan pon tak masuk dalam perut…hehehe!! betul tak?
4) Yang ni pun penting juga nak diambil kira…pastikan baby bole mengunyah..baru la dia ready untuk solid food.
So,bila semua checklist kat atas ni ada pada baby Kay, ibu dan ayah dengan excitednya (hehe!!!!) sediakan solid food untuk Baby Kay..what I prepared for her? Just a simple carrot puree and she love it so much!! yeay!! mak nye yang lebih2 tau…haha!!!
Macam mana nak buat puree for baby bole la refer pada website2 dan youtube juga!!! C’mon mum, sekarang kan zaman siber…nak carik info apa2 terus taip and click sajooo…
Ok la… takmo bebel panjang lagi.Baby pon dah bangun nih..
Have a nice weekend ya!!